Kerajaan mellaui Kementerian Kesihatan mengakui mempunya rancangan untuk mengkhususkan doktor wanita sahaja yang menyambut bayi abru lahir di hospital awam, lapor Bernama.
Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya berkatan, walaupun bagaimanapun racangan tersebut belum dapat dilaksanakan kerana kekurangan doktor wanita dalam bidang Perbidanan dan Sakit Puan (O&G).
“Dalam kerajaan memang terlebih doktor wanita tetapi tidak ramai doktor wanita ini yang berminat dalam Obstetrik dan Ginekologi. “Maka kita perlu tunggu lagilah supaya lebih ramai lagi doktor yang akan dilatih dalam bidang tersebut,” katanya.
Kementerian kesihatan telah menerima petisyen sejak tahun 2013 lagi yang meminta supaya hanya doktor dan jururawat wanita di bilik dan wad bersalin demi menjaga maruah dan aurat pesakit wanita, khususnya yang beragama Islam.
Selain itu, petisyen berkenaan juga menggesa kementerian untuk memberi insentif kepada wanita untuk mengkhusus dalam bidang obstetrik dan ginekologi, dan meningkatkan kesedaran di kalangan pegawai perubatan mengenai keperluan menjaga aurat semasa melahirkan anak. – Siakapkeli.my
Via : Sayang Sabah
0 comments
Post a Comment